|
| |
Cara membuat fail mp3 sendiri?
Caranya mudah saja. Bagi mereka yg masih tidak tahu apa itu
fail mp3, maafkan saya kerana masih tiada lagi penerangannya di sini. Ini kerana ia masih
lagi di dalam bab perancangan. Bagi yg telah tahu apa itu fail mp3, teruskan membaca.
Untuk menjadikan fail CDA (CD Audio) daripada CD anda
kepada mp3 atau dgn kata lain menyimpannya ke dalam cakera keras komputer anda, ia berlaku
di dalam 3 peringkat:
1) Anda harus 'rip'kan CDA itu daripada CD menjadi fail
waveform atau (*.wav) ke dalam cakera keras anda. Peringatan! Saiz (*.wav) itu sangatlah
besar. Oleh itu anda haruslah mempunyai ruang yg mencukupi untuk melakukan proses
'ripping' ini.
2) Kemudian, setelah menjadi (*.wav) tukarkan formatnya
kepada mp3 (*.mp3) dengan menggunakan 'encoder' yg telah anda pindah terima
daripada Internet melalui proses dipanggil 'encoding' atau 'compressing'. ( Ia dipanggil
'compressing' juga kerana ia memadatkan fail waveform itu menjadi kecil). Peringatan!
Proses ini mengambil masa yg lama untuk menyiapkan satu-satu fail mp3 bergantung kepada
saiz fail waveform anda dan juga jenis 'encoder' yg anda gunakan.
3) Dengan itu siaplah fail mp3 anda dan sedia untuk
dimainkan dengan menggunakan 'decoder' atau 'player' mp3 seperti Winamp, Nad atau WinPlay.
Secara ringkasnya ia melalui 3 peringkat:-
CDA kepada waveform (*.wav) -----------> proses
'ripping'
Waveform kepada mp3 (*.mp3)----------> proses 'encode'
Mp3 kepada bunyi.---------------------------> proses
'decode'
|